Merdeka Ke-54

Sumpah cakap ! Lama gila tak posting kat blog ni . Hm , agak-2 dalam dua tiga bulan jugak laa tak posting . Now nak cerita laa sikit pengalaman latihan semperna hari kemerdekaan (21.8-25.8) .

Dalam bulan Ramadhan , tidak semestinya kita tidak boleh melakukan kerja-2 yang , membebankan . Cheh ! HAHA :D

Now , baru saja pukol 2:17 p.m 5.8.2011 . Asal ? -.- baru balik dari latihan hari kemerdekaan dekat Bukit Jalil Kuala Lumpur . Hm , best ? Memey laa ==" Asal ?-.- Jeles ? GAGA ! Kawan ramai laa . Aku jeles dekat satu sekolah ni , dorang semua rapat , manja dengan kawan-2 dia . tapi aku kat barisan aku ? Hanya aku sorang je yang manja and ramah . aku sebenanya nak kawan dengan dorang tapi aku malu nak pergi test tegur ngan dorang . cause aku takot bila aku tegur dorang , dorang tak layan aku . BTW , sekarang awal lagi . aku boleh pergi tegur dorang 6.9.2011 until 16.9.2011 . Aku cuba untuk tegur dorang .

Lagipon , tadi dapat kawan-2 bulan Seksyen 16 , 18 , 19 . ramah gila ! Main Ci Ku Pang ? HAHA :D Memang pon . Kelakar laa . Jadi budal-2 balik . sedangkan smua dah form 2 - 4 . HAHA

#Jikalau , Peserta Kemerdekaan Selangor Sport School baca benda alah ni , Aku nak kawan sangat dengan korang , terutama dengan budak-2 sebelah kiri pentas . Hm , tapi aku segan . Nanti try to poke me Okay ? Baii !

bila difikir semula :))

HAHA . sekrang : NO MORE ANGRY ! NO MORE SAD ! I'm Happy now !


~ Nur Asikin ~
-Ini Sahabat-

Bila difikir semula , betol jugak apa yang SYIKIN cakap . "jangan nak SAD sangat tk dapat kawan dengan dorang . Lagi bagus Zainul ." apa pandangan korang ? okay kan ? hemm , tkde rugi pon . aku boleh hidup lagi . biar laa hidup kurang kawan . tapi , still punya kawan . lagipun , kawankawan aku sekrang ni , semua HIGH CLASS . HAHA :DD (nk yg TOP je) kawankawan yg still kawan aku sekarang ni , semua ada barang braded laa . macam korang ? huhu ~ no comment la . aku dah malas laa nak amik kesah pasal korang . now , aku still ade Amin , Arif , Hafiz , Arsyad , Khairul , Firdaus , Izan , Syafiq , Aiman , Fauzi , Ramziee , Haziq , Azraie , Taqi , Syikin , Mellissa , Ezza , Izatur , Atika , Husna , and so on laa . tk muat nak tulis kat entry ni .


Credit to :-




Kesimpulan :-
I don't care if u do want to friend with me . My friend now is better than u all !


Kabus Band !

huhu ! lamenya tk posting . rindu giler <33 acctually , ada laa bukak , but , tk post pon . cause , macam tkde benda nk post .

KABUS BAND ! << tajuk post kali ni , hem , sebenarnya bukan ade pape pon . ni pasal sebuah band yg baru ditubuhkan . pada peringkat awalnya , mereka ditubuhkan pada tahun 2010 dan terdiri dari 2 guitarist dan 1 bassist . pabila , munculnya 2011 . aku pon datang , hehe . dan menjadi seorang cokalis untuk BAND ni . dah write 3 song da , but , belom dirakamkan . anda mahu WEBSITE ? >> www.kabusband.com << Official lagi tau ? Haha . Jom laa , kita follow ramairamai .

Ok that all je !

Info Islam : Tidak Bertegur

Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan jiran, isu pangkat, isu cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.


Nabi SAW bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”

( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-

سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ مَاذَا يباعدني من غَضِبِ اللَّهِ عز وجل قال لاَ تَغْضَبْ

Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi : Janganlah kamu marah ”

( Riwayat Ahmad, 2/175)

Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan motivasi dan cara bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait dengan orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah & gaduh tadi.


Imam An-Nawawi menyebutkan :-

تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب

Ertinya : “Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah”

( Syarah Sohih Muslim, 16/117)

Memang tidak mungkin untuk melenyapkan pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia, justeru Islam menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.

Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.


Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-

فتقدم المصلحة العامة على الخاصة

Ertinya : “Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi”

( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I’tisam , As-Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)

Justeru, melayani kemarahan dan keegoan diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas kepentingan umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua individu melayani kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.